Tuesday, May 10, 2016

All-terrain Vehicle



ATV ?


" ATV is a vehicle that travels on low-pressure tires, with a seat that is straddled by the operator, along with handlebars for steering control. As the name implies, it is designed to handle a wider variety of terrain than most other vehicles." -wikipedia


3 huruf yang membuatkan aku teruja. Apatah lagi bila terbayang keseronokan membawanya walaupun belum pernah pun membawanya ketika itu. Sebuah kenderaan mekanikal yang beroda empat. Memacu laju di atas padang pasir bersama debu-debu pasir yang berterbangan.

Dengan muka dibalut, hanya menampakkan mata. Mata pula ditutupi dengan kaca mata hitam berkilat.
"Fuh, nampak seperti heroin padang pasir ! "


Hah. Walau bagaimanapun, itu bukan tujuanku berasa seronok. Semua itu hanyalah untuk keselamatan ketika membawanya dan menjaga kesihatan diri daripada menyedut habuk-habuk yang penuh partikal-partikal yang tidak diketahui.

Bak kata kakakku,
"Sebab tulah Allah ciptakan bulu mata unta panjang."

Bulu mata unta lentik dan panjang. Kadang kita kagum sahaja, tapi tak perasan rupanya itu adalah salah satu cara Allah nak lindunginya daripada habuk yang banyak di gurun yang merupakan habitatnya. Subhanallah !
Oh ya, berbalik kepada ATV. Nak dijadikan cerita dalam takdirNya, bermula kembara ATV kami pada jam 5.00pm. Beratur panjang dalam dua barisan, dan mempunyai ketua dalam setiap barisan utk mengetuai perjalanan kami.
Untuk pusingan yang pertama, aku membawanya dan sahabatku duduk di belakangku. Pusingan kedua, sahabatku pula yang membawanya dan aku dibelakangnya. Tak sangka, rupanya ada pusingan ketiga(di waktu malam), lalu aku yang membawanya.

Selepas setiap satu pusingan, kami akan berhenti untuk ambil gambar, minum teh di perkampungan Badawi, menjerit nama Allah sampai bergema, mengambil gambar unta dan lain-lain. Sampailah malam menjelma, saatku perlu memandu ATV ketika itu. Agak cuak sebab kali ini sekeliling kami gelap, tapi 'tazabar' dengan cabaran itu terkadang ada, namun harus dikawal. Agar kita berhati-hati dalam rasa harap dan takut. 

Memandu dengan penuh cintaNya sambil bersama harapan dan ketakutan agar seimbang. Eheh bermadah pula. Ya iyalah, bermandu dengan berhemat, kerana keselamatan orang lain juga perlu dijaga.

Saat malam ditelusuri, ada jugalah adegan langgar-melanggar disebabkan berhenti tiba-tiba. Tapi, alhamdulillah tiada apa-apa terjadi memandangkan kami memandu 5km sejam sahaja. Suasana malam lagi menambahkan indahnya padang pasir bersama cahaya lampu ATV yang berderetan dalam satu barisan. Hati-hati. Itu sangat perlu kerana kita hanya ada cahaya yang menjadi panduan kita melalui kegelapan malam tersebut. Mata dan telinga menjadi cakna supaya tak terlepas tanda-tanda amaran sang ketua dan liku sepanjang perjalanan.


Allahu.

Pelajaran kehidupan juga begitu. Apatah lagi sebagai seorang muslim yang mengaku mukmin. Menjadi muslim, bukan bermakna kita sempurna. Jika terlalu fikir 'aku tidak sempurna' dan 'bagaimana menjadi sempurna', akhirnya kita akan penat. Tapi, usahlah penat menuju kesempurnaan, kerana hakikatnya usaha menuju kesempurnaan itulah yang Allah nak lihat. DAN, sempurna itu sendiri kita boleh definisikan sebagai suatu keadaan atau natijah bukannya sifat diri. Keadaan sempurna itu boleh kita katakan, saat kita menjejakkan kaki ke dalam SYURGANYA. Itulah sempurna.

Sebab apa?
Sebab manusia berbeza,
berbeza cara dia nak beramal dengan sebaik-baiknya pada Allah. Beza cara nak membuktikan cintanya pada Dia. Jadi, apa yang kita ada adalah MANHAJ, yakni Al-Quran. Al-Quran=Cahaya. Cahaya itu memandu kita, saat jatuh dalam gelap, cahaya tu menjadi harapan, cahaya itu menjadi kegembiraan kita, cahaya itu menjadi kita motivasi untuk bangkit !

Rasa takut dengan sifat-sifat neraka, takut itu adalah takut yang positif !
Supaya kita lebih berhati-hati dan tidak terlalu tergopoh-gapah agar semua amal bernilai.
Rasa teruja dengan syurga, maka membangkitkan semangat dalam beramal sebab disandarkan pada sesuatu yang abadi!
Rasa 'best' dengan ganjaran-ganjaran yang Allah sebut di dalamnya, maka kita berlumba-lumba nak menjadi yang terbaik dalam beramal, tak mahu kalah dan tak mahu tunduk pada kelemahan diri!

Sobss. Sungguh ini untuk diri, diri, dan diri, kemudian baru anda.

Cahaya itu, menyegarkan,
apatah lagi bagi hati yang sedang sangat lelah.


"Percutian yang banyak mengajar diri ini untuk bersabar dengan bergelumang dengan manusia lain."

Parasailing dan Obor-obor


Sungguh, ini hanya alat yang menerbangkan, tapi hakikatnya yang menahan kami adalah Dia. Sobs.



Perasaan tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata bila sampai ke sini.

Lagi2 dengan suasana Sharm Al-Sheikh yang penuh dengan kemewahan yg memang boleh dikatakan syurga dunia, kerana kebanyakannya FREE, dan sedap ! Tapi, limitasi yang banyak(dari segi masa) menyebabkan ia takkan mampu dan mustahil dengan sangat-sangat mustahil untuk menjadi syurga yang HAKIKI !


Pada hari ke berapa entah, tak ingat, iaitu hari yang universiti 'offer' kami untuk naik 'parasailing' bagi sesiapa yang berminat. Harganya hanya 150 genih utk dua orang. Bagi aku, tersangat murah dah tu (lagi2 kalau convert kepada RM huhu). Aku pun naik dengan Aqmar Yukiko(ni nickname je).

Disebabkan memang tiada pengalaman naik, memang sangat tak sabarlah nak naik. Bila teringat 'atasbirun'(25:20), rasa ouch pulak. Benda yg kita mmg suka memanglah selalu jadi 'tazabar-tazabar'. Obses sangat dengan burung sebab Allah terbangkan dia dengan adanya kepak. Aku pun nak terbang ! Nak rasa macam burung yg dalam surah Al-Mulk tu(67:19) , ala yg pasal 'tiada yang menahannya selain Allah'. Nak fefeeling gitulah. Tapi tak tergambar kat kata2lah masa tu. (ni kes berat mulut nak share time tu sbb banyak sgt ckp tah apa2). Astaghfirullah.

Okay-okay, ceritanya, mula-mula kami kena naik bot sampai ke tengah laut. Sampailah masa untuk diterbangkan tu, aku dan aqmar di pakaikan 'life jacket' dan benda yang nak letak cangkuk tu. Kemudian, kami duduk dengan kaki dalam keadaan ' flexion of the knee'. Cangkuk di sangkutkan pada tali belon yang akan terbangkan kami.


Lalu, kami diterbangkan perlahan diikuti tali yang melepaskan kami perlahan-lahan. Faktor angin yang kuat dan berat kami yg tak berapa berat(eh), dengan segera belon tu terbuka dengan kembangan yang sangat cantik dan bulat. Maka, terapunglah kami di udara saat kaki tidak lagi mencecah apa-apa melainkan hanya udara.


Subhanallah ! Memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Tulisan ni pun belum tentu dapat menggambarkan situasi itu. Tapi, bayangkanlah, berada di udara, kaki dan tangan bebas bergerak di udara. Melihat laut yang seperti langit, penuh dengan obor-obor !


Macam kita di bawah melihat bintang banyak kat langit, tapi kali ini kita berada di atas melihat obor-obor yang banyak di dalam laut ! Masa tu nak katanya, mmg 'touching' lah sbb tgh 'feeling' macam burung. Rasa Allah tengah terbangkan kita.. Tengah tahan kita. 



'Rupanya burung punya 'view' bintang bagi sang burung adalah obor-obor!'




Tiba-tiba Aqmar pun kata,



"Ikha, bayangkan tali ni, tali yg Allah cakap tu. Tali yang kalau kita berpegang padanya, kita takkan terputus."
Aku pun cakap, " Aqmar ! Ha'ahlaahhhh, bestnyaaa! "
Dan beberapa perbualan dan 'touching2' pun diteruskan sambil menikmati angin yang menampar lembut di pipi.(fuh fuh)
Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Cuba kalau xde orang nak ingatkan kita pasal Allah, Kita mungkin takkan teringat sentiasa pun. Terkadang diam kita tak bermakna kita sedang bermuhasabah, mungkin saja diam kita diam yang mematikan langkah. Logik sahaja bila kita diam dan tidak berfikir apa-apa. Hanya melalui sahaja perjalanan , tanpa hendak berfikir apa-apa. Sayang sekali.

Sharm El-Sheikh, 6 hari ,
Mari kita korek lagi apa yang boleh jadi bekalan ke 'sana' dari tempat permainan dunia itu!

Sempat lagi, sempat lagi nak refresh niat!

Monday, March 21, 2016

Terusang dan mengusang

Abaikan kepala kakak egyptian ni. Tak sempat crop td.



Bangunan usang itu Indah bagi sesiapa yang memandangnya dengan teliti, Bukan kerana strukturnya atau morfologinya, Tetapi nilai yang dilihat dengan lebih mendalam. Mungkin sesetengah orang menganggap ia telah menghampiri usang, Atau mungkin sahaja memang usang, Atau melepasi tempoh usang. Usang itu sendiri bermacam gaya dan gambaran yg diberikan oleh manusia yang heterogen. Usangnya ia sudah tentu kerana telah lamanya ia teguh berdiri, Dan walaupun dikatakan usang, Ia masih tetap berdiri Walau sehingga waktu senja yang kian semakin menenggelamkannya. Tetapi saat ia melalui detik-detik senja, Detik-detik gelap mengerumuni, Detik-detik sejuk menggigit ceracaknya, Rupanya itu tanda fajar akan tiba sebentar lagi

Pancaran cahaya sang mentari semakin merangkak di dindingnya

Makin terserlah kerekahan dan warna cat yang makin pudar
Namun itu bukan bermakna ia akan runtuh beberapa masa lagi
Tapi itu tanda dia masih punya masa lagi utk kukuh berkhidmat
Bagi makhluk yang berada di bawahnya

Ya, ada makhluk yang masih mahu berlindung di bawahnya.


" Maka apakah orang yang dibukakan cahaya hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam itu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Az-Zumar:22)


Hati membatu,
Tanda ia usang,
Usang itu kering,
Usang itu haus,
Usang itu kuno,
Usang itu tidak lazim,

Maka,

usang itu bukan hanya pada bangunan,
kerana bangunan jika usang masih ada manfaatnya,
tetapi jika ia berlaku pada hati,
apa manfaatnya pada manusia kecuali makin akan mematikannya?

Apatah lagi hidup dalam keadaan semborono tanpa mengingatiNya!

Hidup memang hidup,
tapi hidup yang mana satu yg kau mahu?

HIDUP atau 'HIDUP'?


"Perumpamaan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak mengingati Allah adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. orang yang berzikir adalah orang yang HIDUP dan orang yang tidak berzikir adalah orang yang MATI." (Bukhari dan Muslim)

Ah, sadisnya,
Hidup tapi dalam keadaan 'mengingati' MATI yang begini!



20march2016

zusai

Friday, March 11, 2016

ASBAB hasilkan NATIJAH ?








Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan-Mu aku hidup, dengan-Mu aku mati..
hanyalah pada-Mu, hanyalah untuk-Mu, hidupkan dijalani.

Tipulah, tipu.
Tipulah kalau saya kata tiada satu apa perkara yang menarik hati saya untuk tak mahu keluar dari sini.
Tipulah kalau saya kata jalan ni tiada satu benda yang menyakitkan saya.
Tipulah kalau saya kata jalan ni ada orang yang akan sentiasa menaburi mawar-mawar, emas-emas, dan puji-pujian kerana berjaya melalui jalan ni.
Tipulah kalau saya kata jalan ini jalan yang saya tak selesa dan dipaksa duduk dalam jalan ni!
Bait-bait MZ (Muqaddimah fi Zilalil Quran)
Saat-saat meng’offer’ diri untuk bentang MZQ ni tak terdetik pula hati akan begitu terasa macam ‘gini’.
Heh. Manusia, kalau tak mahu, memang sebab tak tahu, dan kalau mahu, belum tentu dia tahu.
Pengalaman merasa lebih basah dengan apa yang keluar dari mulut sendiri berbanding akak naqibah ‘serious’ buat saya ‘tambah berat’ otak, jasad dan hati. Maka terkeluarlah dari mulut, ” saya nak bg MZ minggu depan  boleh? ”
Ini soal, ‘kau cakap, kau kena buat. Apa guna duduk, dengar, dan hilang?’ *tumbuk meja.
[Mula daripada muka surat 5, Mukaddimah fi Zilalil Quran oleh Syed Qutb]
Di alam wujud ini tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak.
“why?”

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ

” Sungguh, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran ( yang rapi) ” [Al- Qamar : 49]

 وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا

” .. dan Dia menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. “
[Al-Furqan:2]
Setiap perkara ada hikmahnya, tetapi hikmah itu adalah suatu hikmah yang ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kepada pandangan manusia yang singkat.

فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

” ..kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.” [An-Nisa’:19]

 وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ

” Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu” [al-Baqarah : 216]
Semua sebab-sebab yang ada, kadang-kadang melahirkan kesan, dan kadang-kadang tak melahirkan kesan pun. Sama juga seperti, muqaddimah yang ramai orang anggap pasti melahirkan sesuatu natijah itu, kadang-kadang tak melahirkan natijah yang dianggap tu pun. (faham ke?)
Ok, contoh:
Pelajar A –  stay up setiap malam, ulangkaji lepas lecture, proaktif dalam kelas, jaga qiam, jaga HDA—–> Result exam: CGPA 4.00
Pelajar B –  stay up setiap malam, ulangkaji lepas lecture, proaktif dalam kelas, jaga qiam, jaga HDA—–> Result exam: CGPA 2.50
Nak tahu kenapa hasilnya tak sama?
Sebabnya, segala ASBAB-ASBAB tersebut TIADA KUASA pun nak melahirkan KESAN/NATIJAH tu, tapi, ALLAH lah yang berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri.

 لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّـهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا

” engkau tidak tahu boleh jadi Allah akan mengadakan selepas perceraian itu sesuatu perkara yang lain’ [At-Talaq:1]

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ

” dan tidaklah kamu mahu/menghendaki kecuali bila dikehendaki Allah” [Al-Insan:30]
Orang-orang yang beriman guna ASBAB-ASBAB tersebut kerana ia diperintahkan untuk berbuat begitu, tapi Allah lah yang menentukan kesannya.
Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya dan juga kepada kepada hikmah kebijaksanaan Allah dan Ilmu-Nya, itulah satu-satunya tempat perlindungan yang AMAN dan TEMPAT YANG SELAMAT dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan.

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّـهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” [Al-Baqarah:268]
” Oleh sebab itulah, aku hidup di bawah bayangan Al-Quran dengan hati yang tenang dan tenteram dan di sana aku melihat tangan kekuasaan Allah mengendalikan segala peristiwa dan segala perkara. Di sana aku hidup dibawah naungan dan pemeliharaan Allah, dan aku benar-benar merasa kesan-kesan sifat-Nya yang positif dan aktif” [Syed Qutb]

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ أَإِلَـٰهٌ مَّعَ اللَّـهِ ۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).” [ An-Naml:62 ]
“Sebenarnya alam al-wujud ini tidaklah sekali-kali diserahkan kepada undang-undang automatik yang MEMBUTA-TULI, malah di sebalik undang-undang itu selalunya wujud iradat yang merancang dan masyi’ah yang bebas. Allah mencipta dan memilih apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Di samping itu aku juga belajar bahawa tangan qudrat Allah sentiasa bekerja, tetapi Ia bekerja mengikut caranNya yang tersendiri. kita tidak boleh menggesa supaya Ia bertindak segera dan tidak boleh membuat apa-apa cadangan kepada allah. sistem hidup yang diatur oleh Allah sebagaimana yang dilihat di bawah bayangan Al-Quran adalah digubal supaya ia dapat bertindak dalam setiap masyarakat dan dalam setiap perkembangan hidup manusia, juga dalam setiap keadaan jiwa umat manusia yang sama.”
” Sistem ini digubal untuk manusia yang hidup di bumi ini dengan mengambil kira fitrah manusia, tenaga2, nakat2 semulajadinya, kekuatan dan kelemahannya, juga mengambil kira keadaan-keadaannya yang berubah yang dialaminya. sistem itu tidak sekali-kali menaruh sangkaan buruk terhadap makhluk insan ini lau memperkecil-kecilkan peranannya / mensia2kan nilainya dalam apa sahaja bentuk hidupnya sama ada dengan sifatnya sebagai individu / sebagai anggota di dalam kelompok..”
Jadi,
Asbab-asbab yang mana satu kita betul2 letak tujuannya adalah Allah?
Yakin tak kita segala asbab yang kita buat tu sungguh-sungguh kerana Allah?
Jangan dok tunggu-tunggu sangatlah kemenangan yang akan datang tu kalau apa yang kita buat sekarang ni tak sungguh-sungguh pun seolah-olah kemenangan tu takkan datang.
haih,manusia. (tunjuk diri sendiri)
*end*
HDA = Hubungan Dengan Allah

Sudah tidak RINDU pada Syurga ?

Bismillahirrahmanirrahim..
(sambil menyapu-nyabu habuk di sekeliling blog ini)
Ada satu kisah yang sudah berhari-berhari membuatkan hati tersentuh.
Pada suatu hari, seorang guru seni menyuruh anak-anak muridnya melukis pemandangan yang indah yang boleh mereka bayangkan. Maka, melukislah mereka dengan menggunakan warna pensel atau krayon yang mereka ada.

lukisan kite kecik2 dulu cmni la kan? :D
Sudah tentu kalau kita sendiri, akan melukis gambar gunung, laut, awan, burung terbang, matahari dan lain-lain. Tetapi, pada ketika itu, ada seorang pelajar lelaki yang agak lain daripada kawan-kawannya. Dia penuhkan kertas lukisan tu dengan krayon warna hitam, keseluruhannya. Hanya hitam. Sepenuhnya.
Cikgunya pelik, tapi tak sempat untuk bertanya apa-apa kerana sudah tiba waktu untuk pulang.
” Baiklah anak-anak, siapkan lukisan kamu di rumah. minggu depan hantar ya..”
Pelajar lelaki yang agak aneh tersebut pun meneruskan keanehannya di rumah. berhelai-helai, berlembar-lembar kertas lukisan yang digunakan hanya utk memenuhkan ruangan dengan warna krayon hitam!
Bukan sahaja di rumah, di sekolah juga dia tetap meneruskan utk memenuhi ruangan putih dengan krayon hitam. Aneh kan?
Ah, sudah. Mak ayahnya dah pelik.
” Kenapalah dengan anak aku ni?” Maknya mengomel.
Apa lagi, mak ayah dan cikgu-cikgu bersepakat untuk menghantar anak ini ke pakar psikiatri! Anak ini malah dirawat oleh pakar-pakar kenamaan. Namun, tidak berjaya juga mendapatkan konklusi mahupun diagnosis. Anak tersebut terlalu khusyuk menyiapkan karyanya seolah-olah akan menghasilkan sesuatu yang agung!
Sampailah satu masa, si anak ini tersenyum sambil berkata,
” Aaah..”
Dia telah menyelesaikan sejumlah 400 gambar di atas kertas lukisan bersaiz A3. Dan, ada beberapa yang tak hitam secara keseluruhannya. Anak tersebut mula memberi arahan kepada para psikiatri untuk menata ke-400 kertas itu di lantai. Ternyata, ini adalah puzzle! Dan hasilnya, MASHALLAH, menakjubkan! Gambar seekor paus bongkok tepat sesuai ukuran haiwan yang asal !!!!!
Si anak tersenyum bangga melihat hasil karyanya. Para psikiatri takjub geleng-geleng kepala. Betapa si anak ini ingin agar gambar paus bongkoknya sesuai ukuran ‘aslinya’. Ia berfikiran besar. Pada awalnya ia tidak difahami, malah disalah erti. Tapi akhirnya semua orang takjub padanya.
Kata Salim A. Fillah,
“Hmmm.. mungkin beginilah risiko berfikiran besar. Disalah fahami , tetapi kemudian dikagumi.”
Berfikiran besar, sudah tentu mempunyai cita-cita yang besar.
Cita-cita yang besar, sudah tentu dimulai dengan sesuatu yang manusia nampak remeh walhal penting!
Memang pada saat itu, terfikir akan jalan usrah sebagai pembentukan individu muslim. It seems like.. a looongg way to go to Ustiazatul Alam. But, it is the most important phase!
Jalan pembentukan individu muslim kalau skip ibarat buat kek pisang tanpa lenyekkan pisang dengan sgt lumat terlbih dahulu. Dan jadilah kek pisang yang beralun-alun dek permukaan yang tidak rata.
Sampai ke tangga yang ke berapa pun, pembentukan itu tetap akan berjalan, sebab manusia sangat memerlukan pada suasana tanassuh(saling menasihati) yang berterusan agar sentiasa mendekatkan diri pada Allah dalam keadaan apa sekalipun. Usrah, satu unit di mana jika dijalani dengan sebenar-benarnya, dengan hati terbuka utk menerima segala curahan tarbiyyah, maka menjadilah seorang Muslim itu yang luar biasa inshaAllah.
Namun, ia kadangkala di salah ertikan sebagai jalan yang sangat panjang dan tidak berkesan. Hatta orang yang sedang melaluinya sendiri!
Bak kata semangat yang memercik-mercik oleh Abdullah Ibnu Rawahah ketika keraguan menyapa sebelum kesyahidannya di dalam perang Yarmouk,
” Kenapa kulihat engkau tak menyukai syurga.. Bukankah telah sekian lama kau tunggu ia dalam cita? Bukankah kau ini tak lebih dari setetes nuthfah yang ditumpah?”
Syurga, membuat kita berjiwa besar.
Bercita-cita kan sesuatu yang mungkin tak terbayang dalam fikiran kita.
Hatta, Ustiyazatul Alam sendiri belum pernah kita ada pengalaman menggapainya!
Ayuh, kita luruskan niat kita untuk apa kita lakukan semua ni yang sedang kita jalani ini?!
-16042015-

Friday, June 1, 2012

Make me strong






I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long

Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Thursday, May 31, 2012

where is the proof that u love Him?

bismillahirrahmanirrahim.

Yakinkah kita,
beradanya kita di sini,
adalah suatu KEBETULAN?
atau adakah ianya suatu ketentuan
yang sudahpun DITAKDIRKAN?

mana mungkin semua ini tiba-tiba terjadi
pasti saja ada Yang sentiasa memerhatikan kita
dengan penuh perhati.

Perhati.
Apa sahaja yang kita lakukan di bumiNya
Dia Maha Tahu.

Hak Dia
untuk kita selalu agungkan
untuk  kita selalu sebut-sebutkan
untuk kita selalu ingat
untuk kita selalu taat

Betulkah kita memang sayangkan Dia?
masakan setiap hari kita sering sahaja melakukan perkara yang tidak dia suka.
Kita kata,

"ah, tak fesyenlah macam ni. Bosan."
" Panaslah kalau pakai labuh-labuh sangat"
"Mak ayah tak suruh pun"

Sama ada sedar ataupun tidak,
apa-apa sahaja yang kita lakukan,
jika benar untuk tarik perhatian Dia,
Dia suka,
Dia semakin sayang,
malah makin REDHA.

dan,

sama ada sedar ataupun tidak,
apa-apa sahaja yang kita lakukan,
untuk tarik perhatian yang bukan mahram,
atau apa-apa sahaja,
yang hakikatnya bukan kerana ALLAH,
membawa kepada murkanya Dia,
tidak berkatnya apa-apa sahaja yang kita lakukan
bukan sebab DIA.
*nauzubillahminzalik

Bukan mahu mencari salah orang,
bahkan Allah sudah pun kata...

" Mereka yang diazab neraka sentiasa mencari-cari orang lain untuk menggantikan dirinya, sesiapa sahaja di muka bumi, sehingga mereka terlepas dari azab Allah" (Al-Ma'arij:11-14)

Ingat,
kita masih banyak tanggungjawab Allah beri.
Takkanlah tanggungjawab yang satu ini,
iaitu untuk taat perintah Dia,
untuk sentiasa jadikan Dia 'our number One' tak boleh?
ALLAH,
Tuhan kita kot!
'Pleasing HIM should be our ONLY goal!"

Semua orang tak mahu menyalahkan antara satu sama lain di akhirat nanti bukan?

' Ya Allah, dia tahu aku tak pakai tudung dulu, tapi dia tak pernah nak tegur aku! Salah dia, Ya Allah!'

' Aku ada hak nak tuntut kat kau sebab kau tak cakap pun cara pakai tudung yang betul macam mana! Ya Allah, salah dia! '

Dan masalahnya sekarang,
jika ada orang yang sudah menegur kita,
dia sudah pun berlepas diri daripada semua tuduhan-tuduhan tersebut,

' Dia pernah tegur aku dulu, tapi aku selalu buat tak endah sebab bf aku suka aku tak bertudung..T-T'

' Aku tahu Allah tak suka, kawan aku pernah cakap, tapi aku tak sempat nak pergi manshiah beli tudung..T-T'

Bukankah,
semua ini sangat menakutkan,
jika benda ni betul-betul jadi kat kita???

Ya Allah jauhkanlah~! T-T
(nauzubillahminzalik)

Jadi,
jom lah kita jadi sama-sama
jadi magnet
dalam medan magnet
yang dapat menarik antara satu sama lain
untuk menuju redha Dia.

Betul, tak semua orang sempurna.
Masing-masing ada bahagian masing-masing untuk diperbaiki.
Tapi,
ketahuilah, Allah tak pernah kata,
"Awak terlambat untuk berubah!"
 Tak, tak pernahhh!! 

"those who decide to change at twelve will die at eleven" -Hlovate,CJ

Tak pernah terlambat untuk kita buat bancuhan kek sekarang,
kalau kita bancuh kek sekarang,
lepas ni boleh bakar,
lepas bakar,
boleh makan! :)
(sebelum tu baca doa dulu la kan)

sama juga dengan kita,
tak pernah terlambat untuk faham,
bagaimana untuk kita berhubungan diri dengan Allah,
cara hidup yang mana yang harus kita jalani di dunia ini,
yang sesuai mengikut kehendak Allah.

HUBUNGKAN JIWAMU DENGAN TUHAN..~







Friday, April 13, 2012

06042012

STEP HAYBAT.
 salam.

alhamdulillah,
harini Allah bgi peluang untuk share..

there are too many wonderful days i've been through
and today was a tremendously an amazing day
that Allah gives me to increase my love towards Him
"oh, how i'm so glad to be Yours, Rabbi<3"

dear akhwati fillah,
saat2 genggaman tgn penuh erat,
pelukan penuh kemesraan,
saat itulah diri ini merasai kehaybatan
cinta kerana Allah itu
yang meresapi dalam jiwa ini.

kan? Jika memang benar kerana Dia,
kali pertama jumpa pun seperti sudah lama kenal. <3
insyaAllah. alhamdulillah. subhanallah.

harini juga,
sy melihat dua public figure haybat
yang bukan saja dalam kerjayanya sebagai dukturah,
but also in thid D & T ini. (dakwah dan tarbiyyah)
which are,
-Professor Madya Dr. Harlina Halizah Haji Siraj (makcik Har)
-Dr Hafidzah Hj. Mustakim

just by looking at them from far
is far enough to feel their aura

seronok.

mendengar kata-kata mereka.
bahasa-bahasa yang mereka guna,
sama saja.

tsabat. usrah. tarbiyyah.
terbukti kan?
bahawa TARBIYYAH itu sangat penting?

terutamanya bagi mereka yang dah lama.
=.=
takutnya.
takut jika tidak tsabat.
NAUZUBILLAH MIN ZALIK.
T-T

tarbiyyah, membina diri
bukan membina ilmu.
ilmu akan dapat,
tapi kalau aim kita hanya ilmu,
sampai bila-bila pun kita akan berada di tempat yg sama,
kalau kita xshare dengan orang.
T-T *sigh. reflect pada diri.

tarbiyyah,
kat mana-manaaaaa je boleh dapat
asalkan kita mahu rasa itu.
yang penting biarlah tarbiyyah itu tarbiyyah ISLAM,
bukan tarbiyyah JAHILIYYAH.

kadang tidak sedar bahawa tarbiyyah jahiliyyah itu masih ada dalam diri.
sedih, kalau tak dapat detect.
nak tahu camane nak detect tarbiyyah jahiliyyah tu?

senang crita, tarbiyyah JAHILIYYAH tu..
adalah APA-APA je, yang anda rasakan,
mustahil untuk anda ingat Allah semasa melakukannya.

contoh1:

> bergaul bebas dengan lelaki
> tanya diri, membawa diri mengingat Allah ke tak?
*jawabsendiri

contoh2:

>tengok kartun sailormoon yg ber'skirt pendek tu
> err. agak2, macam mana nak tgk crita tu smbil ingat Allah?
*jawabsendiri

tu contoh simple je.,
ada lagi yang BESAAAARRRRR tengah berlaku
dalam ummat Islam sendiri.
sedih kan?
kalau bukan kita yang nak tolong ummat kita sendiri,
siapa lagi?

kerja BANYAK,
tapi duk sibuk nak hirau hal kecik-kecik.
*sigh. reflect pada diri.

Actually, ni bukanlah isi-isi yang Dr Har n Dr Hafidzah bagi,
tapi, melihat mereka,
saya sangat2 rasakan tarbiyyah itu sangat penting
secara praktikalnya.

nak praktikkan?
rasalah, carilah, di mana anda dapat rasa tarbiyyah daripada Allah tu sendiri.
and then, anda akan dapat rasakan sendiri tumbesaran anda dalam tarbiyyah tersebut.

*ketuk diri banyak2 kali sebelum ketuk orang.
TUKTUKTUKTUKTUKTUKTUKTUKTUKTUKTUK

*mintak maaf, post kali ni tidak tersusun, kejap termasuk sana, kejap termasuk sini. but, this were exactly what my mind n heart wanted to say. 

^^JZKK

Thursday, March 1, 2012

RetroIRELAND: di bukit Howth itu.



Penat sudah melangkah, entah berapa kali kaki ini memujuk untuk berhenti.
penat juga mengeluh beberapa kali..
Tapi, hati ini tetap juga mahu berjalan lagi..
Tak puas melihat langit dan laut yang terbentang luas yang dapat dilihat dari atas Bukit Howth itu.
Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Tiba-tiba terdengar seorang ukhti menyanyi lagu Destinasi Cinta nyanyian Mestica..

" Destinasi cinta yang ku cari, sebenarnya terlalu hampir..hanya kabur kerana dosa di dalam hati.."

Tiba-tiba teringat jalan yang ku rasakan panjang yang baru saja ku lalui di bukit ini..
dan masih lagi berbaki jaraknya yang tidak ku ketahui.

Sedih. 
Sedih kerana mengeluh penat.
Kaki lenguh ni sia-sia saja kalau kita berpenat-penat naik atas bukit ni kalau tidak diniatkan dengan niat yang benar. 

'jalan ni memang sumpah panjanglahh wahai zulaikha yg manja! 
kau takkan jumpa DESTINASI CINTA tu kalau nak berehat-rehat sekarang !'

Pap. 
Entah siapa yang  berbisik di telinga ni.

"Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu".

 ************

" Jom berhenti kejap. Kita tadabbur. "

Kini semua orang berada dalam satu  bulatan besar.
Kelihatan semuanya berwajah sedikit penat tetapi gembira kerana dapat meneliti dan menilai betapa hebat dan indahnya ciptaan Allah di bumi Ireland ini.

" Boleh tak akak nak semua orang 'describe one word' pasal apa yang dia rasa dan nampak harini?"

Semua orang senyum-senyum.
Mungkin sebab memang dah ada dalam kepala nak cakap apa,
ataupun sebenarnya tiada langsung idea!
(hehe,mcm org yg tulis ni je)

Seorang demi seorang meluahkan apa yang dirasakan menyentuh hatinya sepanjang perjalanan yang masih lagi ada bakinya itu.

"OSEM!"

"Subhanallah! "

" Speechless.."

 Ada yang tersentuh dengan awan ciptaan Allah.
ada yang tersentuh dengan laut ciptaan Allah yang terbentang luas.
Ada yang tersentuh dengan burung-burung yang bebas terbang dengan izin Allah di sekitar bukit itu.
 Siap sekali dengan ayat-ayat Al-Quran yang mereka suka.



------------------------

" Allah-lah yang menundukkan laut untukmu agar kapal-kapal dapat berlayar di atasnya dengan perintah-Nya, dan agar kamu dapat mencari sebagian karunia-Nya, dan agar kamu bersyukur "
 Al- Jasiyah:12 



" Bila tengok laut tu, tiba-tiba teringat pasal ayat ni. Nak katanya kat sini, kalau bukan Allah yang tundukkan laut tu, tak dapatlah kapal-kapal ke, sampan ke, nak lalu atas laut tu. Macam-macam benda dalam laut tu yang jadi sumber untuk kita makan, minum air dan macam-macam lagi. Hebat sangat Allah ! Subhanallah.. "

-----------------------

" Sungguh, pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang mukmin. Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk bergerak yang bernyawa yang bertebaran (di bumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini, dan pada pergantian malam dan siang, dan hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu dengan (air hujan) itu dihidupkan-Nya bumi setelah  mati (kering); dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengerti.."
Al-Jasiyah : 3-5

-----------------------

" Katakanlah (Muhammad), "Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambhan sebanyak itu (pula)."
Al- Kahfi : 109

Kita,
nampak laut tu LUASSSSS sangat,
sampai rasa macam tiada penghujungnya.
'Even' kita sendiri lagi kecil dari laut tu.
Sebesar-besar mana pun,
seluas-luas mana pun,
Penciptanya tentu lagi MAHA BESAR,MAHA HEBAT..
tidak mungkin semua ni terjadi sendirinya bukan?
kalau bukan ada yang menciptanya?

even digambarkan, laut tu tak cukup pun nak isi(tulis) dengan ayat-ayat Allah..
ciptaan laut tu sendiri dah mmg cukup hebat!
siapa yang dapat cipta air laut tu masin, kalau bukan Allah?
siapa yang cipta laut itu berlapis-lapis, sehinggakan ada satu lapisan yang sgt gelap, kalau keluarkan tangan pun tak dapat nak lihat, kecuali jika diberi cahaya oleh Allah ? [24:40]

bermakna,
ayat-ayat Allah berganda-ganda BANYAK dan HEBAT ! 
subhanallah..

Dikaitkan juga laut dengan ilmu..

"Kerdilnya ilmu kita ini di ibaratkan melalui satu perumpamaan yang menyatakan ilmu Allah itu umpama lautan yang terbentang luas, jika di celup jari ke dalam lautan itu lalu diangkat, air laut yang tersisa pada jari itulah ilmu kita, laut yang terbentang luas itulah ilmu Allah."
 
" Ia hanyalah perbandingan yang menunjukkan kerdilnya kita, agar kita tunduk dan merasa rendah diri terhadap ilmu yang ada dan bukanlah untuk menyatakan bahawa ilmu Allah itu hanya sebanyak lautan yang terbentang luas itu. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas dan tiada bandingannya biarpun ditambah lautan yang sebanding dengannya. "

Subhanallah...

----------------------------

Kaki-kaki yang sudah hilang lenguhnya, berdiri.
Bersiap sedia untuk menghabiskan lebih kurang suku perjalanan lagi..
Hati-hati itu terasa lebih terisi dengan ayat-ayat cinta Allah yang dikongsi bersama..
ada sesuatu yang bermain-main di minda masing-masing..
mungkin,
'compass setting'
mungkin juga,
 sesuatu yang betul-betul ingin dikorek dan dibawa pulang ke Mesir.

wallahua'lam.. :)